JEJAK SEJARAH: Media Menjejak Abad . Majalah Maya . Paparan Foto . Kesan Peninggalan Sejarah . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Sejarah Tidak Pernah Lupa, Menyembunyikan Diri dan Berbohong Terhadap Manusia . Tetapi Manusialah Yang Sentiasa Lupa, Berbohong dan Menyembunyikan Faktanya. Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmisejarah.blogspot.com

Khamis, 9 Jun 2016

Makam Hang Tuah


MAKAM HANG TUAH

SEMASA kecil Hang Tuah dibawa bapanya, Hang Mahmud dan ibunya, Dang Merdu Wati berhijrah dari Bentan ke Melaka, lalu menetap di Kampung Duyong. Di dalam usia meningkat remaja bersama rakan-rakan sebaya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah memperlihatkan ketokohannya sebagai pahlawan di samping mempunyai sikap yang terpuji.

Peristiwa menentang lanun-lanun dan menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk menjadikan Hang Tuah dan rakan-rakannya terkenal.

Di awal pembukaan Melaka oleh Parameswara (1394 - 1424) terpaksa memberi bunga emas kepada Raja Siam. Di zaman Megat Iskandar Shah (1414 -1424), Sultan Muhammad Shah (1424 - 1444) dan Sultan Muzaffar Shah (1445 - 1456), Melaka mula berkembang aman dan makmur. Walau bagaimanapun, Melaka adalah di bawah perlindungan Negeri China bagi mengelakkan serangan orang-orang Siam.

Di zaman Sultan Mansor Shah (1456 - 1477), Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana Negeri Melaka. Dengan pemerintahah sultan yang adil, dibantu oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bijak berserta keberanian Laksamana Hang Tuah dan rakan-rakannya, Melaka tidak lagi di bawah perlindungan Negeri China dan dapat menumpaskan serangan orang-orang Siam. Melaka terus berkembang sebagai sebuah Empayar dan menjadi Pusat Perdagangan di antara Timur Jauh dan Timur Tengah.

Hang Tuah terus berkhimat di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah (1477 - 1488) dan di awal pemerintahan Sultan Mahmud (1488 - 1511), Hang Tuah meninggal dunia setelah berkhidmat di bawah tiga orang sultan. Beliau dikatakan disemadikan di tempat ini.

Tanjung Keling yang merupakan perkampungan Bendahara. Kata-kata hikmat Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" terus bergema hingga hari ini.

Kerja-kerja naik taraf Makam Hang Tuah dan kawasan perkuburan ini telah dilakukan pada Disember 2001.








 Sumber:
PERBADANAN MUZIUM MELAKA

Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Koc dan Lokomotif


KOC DAN LOKOMOTIF

KOC dan Lokomotif ini adalah sumbangan pihak Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada Muzium Pengangkutan Melaka pada 1 Mei, 1994.




Foto ini dirakam di Jalan Kota, Melaka Bandar Raya Bersejarah pada 23.5.2016.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Kapal Terbang Twin Pioneer CC MK1


KAPAL TERBANG TWIN PIONEER CC MK1

KAPAL TERBANG Twin Pioneer CC MK1 ini disumbangkan oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada pihak Muzium Pengangkutan Melaka pada 1 Mei, 1994.



Foto ini dirakam di Jalan Kota, Melaka Bandar Raya Bersejarah pada 23.5.2016.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Kereta Bomba (Melaka)


KERETA BOMBA
(MELAKA)



Foto ini dirakam di Jalan Kota, Melaka Bandar Raya Bersejarah pada 23.5.2016.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Selasa, 7 Jun 2016

Kereta Perisai Diraja Malaysia Zaman Darurat


KERETA PERISAI DIRAJA MALAYSIA
SEMASA ZAMAN DARURAT

KEDUA-DUA kereta perisai ini adalah dari jenis JMC dan Ford LYNX Scout Car yang telah memainkan peranan semasa Darurat (1948 - 1950).

Tugas-tugas yang dijalankan adalah seperti membuat rondaan di kawasan ladang-ladang, menjalankan operasi menggempur kedudukan musuh, mengadakan kawalan keselamatan semasa urusan pertukaran tugas-tugas anggota Polis, kawalan penghantaran barang makanan ke daerah-daerah, kawalan semasa pembayaran gaji, kawalan ke atas orang-orang kenamaan semasa melawat ke daerah-daerah dan berbagai lagi tugas keselamatan pada masa itu.

Kereta perisai jenis JMC diberi nama "Hang Tuah" dan jenis Ford LYNX Scout Car diberi nama "Hang Jebat" oleh Polis Diraja Malaysia Melaka sebagai lambang keperwiraan dan pengorbanan kedua-dua pahlawan Melaka di zaman silam.





Sumber:
PERBADANAN MUZIUM MELAKA

Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Isnin, 6 Jun 2016

Kereta Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra


KERETA Y.T.M TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

KERETA jenis Chevrolet bernombor BE 52 ini telah dibeli pada tahun 1957 dan digunakan semasa sambutan kemerdekaan di Kuala Lumpur.

Kereta ini digunakan untuk membawa tetamu kehormat semasa perayaan tersebut. Warna asal kereta ini ialah putih.

Sewaktu pilihanraya 1959, kereta ini telah digunakan oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman untuk menjalankan kempen pilihanraya, selepas itu kereta ini digunakan oleh kerajaan persekutuan untuk membawa tetamu kehormat kerajaan.



Sumber:
PERBADANAN MUZIUM MELAKA

Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (Melaka)


MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

MEMORIAL Pengisytiharan Kemerdekaan dinamakan sedemikian kerana pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama di Padang Pahlawan yang terletak di seberang jalan memorial ini.

Bangunan kolonial ini kini menempatkan butir-butir sejarah perjalanan negara ke arah mencapai kemerdekaan dan filem rencana mengenai peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah kemerdekaan negara turut ditayang di pawagam kecil.




Sumber:
ARKIB NEGARA MALAYSIA

Foto:
AZMI MOHD. SALLEH