TUMPAT, KELANTAN: TOK BALI MERAH bukanlah seorang nasionalisme tetapi merupakan seorang tokoh pendakwah yang
paling disegani di Pattani, Siam malah hidup sezaman dengan Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut, seorang Pahlawan Melayu yang dilahirkan di Kampung Saring, Pasir
Puteh, Kelantan.
Tok Bali Merah adalah seorang yang alim dan pendakwah yang bermulut masin, kata-katanya mendapat keberkatan dan sering menjadi. Tok Bali Merah bukan sahaja turut melakukan tugas suci itu untuk menyebarkan Agama Islam dan menyatu padukan hubungan umat-umat Islam, dia juga turut dibantu oleh Tok Janggut. Oleh kerana Tok Bali Merah seorang yang alim, masyarakat kampung berkenaan pada waktu itu mengambil peluang itu untuk menimba ilmu dengan beliau, malah sebagai menghormati seorang guru yang alim dan sanggup datang dari jauh untuk menyampaikan ilmu, penduduk kampung itu turut membantu mendirikan pondoknya. Pembinaan pondok di situ bertujuan sebagai tempat ibadat dalam usaha menyebarkan syiar Islam kepada penduduk-penduduk di situ.

Bentuk fizikal dan ketinggian arwah Tok
Bali Merah dianggarkan mencecah 3 meter (8 kaki)
dan bentuk fizikal tubuhnya agak tegap dan sasa, sebab itulah arwah
mampu berjalan kaki dari jarak yang jauh apatah lagi terpaksa meredah
hutan belukar dengan mudah. Wajahnya pula berwarna merah kuning dan
terdapat bintik-bintik di sebahagian mukanya manakala di kepalanya
sentiasa "bersemutar".
Kini, walaupun usianya telah lebih 100 tahun, namun Makam Tok Bali sebenarnya masih lagi wujud di Kampung Belukar, Tumpat dalam keadaan terbiar dalam semak-samun di sawah padi itu kerana sukar untuk dipindahkan ke tempat lain.

Wartawan JEJAK SEJARAH menjejak Makam Tok Bali Merah bersama salah seorang penduduk dari Kampung Belukar, Tumpat yang letaknya di tengah-tengah sawah padi.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Agen Bandarq
BalasPadamAgen Poker
Agen Poker Terpercaya
Agen Bandarq Terpercaya