JEJAK SEJARAH: Media Menjejak Abad . Majalah Maya . Paparan Foto . Kesan Peninggalan Sejarah . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Sejarah Tidak Pernah Lupa, Menyembunyikan Diri dan Berbohong Terhadap Manusia . Tetapi Manusialah Yang Sentiasa Lupa, Berbohong dan Menyembunyikan Faktanya. Editor: Azmi Mohd. Salleh

Tinta Pujangga

1. Ramai orang cerdik pada tutur katanya, tetapi tidak pada otak dan mindanya.
- Oleh: Azmi Mohd. Salleh


2. Orang yang mengajarkan satu ilmu berguna kepada orang lain, ilmu yang diperolehinya itu tidak akan berkurangan sedikit pun, kerana dia akan memperoleh berkatnya dan pahalanya akan sentiasa menyusuri setiap kali orang mengamalkan kebaikannya.
- Oleh: Azmi Mohd. Salleh


3. Berterus-terang terhadap perkara salah itu lebih baik daripada menyembunyikan perkara sebenar kerana apabila diketahui orang tentang pembohongan, perasaan malu dan bersalah akan dirasai seumur hidup.
- Oleh: Azmi Mohd. Salleh


4. Jadilah seorang "pekerja" yang "bekerja" tetapi tidak cuba mencuri tulang atau membuang masa ketika waktu bekerja.
- Oleh: Azmi Mohd. Salleh

5. Sejarah tidak pernah lupa, menyembunyikan diri dan berbohong terhadap manusia. Tetapi manusialah yang sentiasa lupa, berbohong dan menyembunyikan faktanya.
- Oleh: Azmi Mohd. Salleh