Halaman

Isnin, 9 September 2013

Bukit Marak: Kg. Bukit Marak (Bachok)



BUKIT MARAK

BACHOK, KELANTANBUKIT MARAK yang terletak dalam daerah Bachok, Kelantan adalah sebuah bukit yang agak tersohor lebih dari 360 tahun lalu. Bukit ini pernah menjadi tempat Raja Kelantan Keenam, Cik Siti Wan Kembang bersemayam sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605 Masihi. Selepas itu, Puteri Maryam binti Sultan Adiluddin (Raja Loyor) atau lebih dikenali sebagai "Puteri Sa'adong" juga menjadikan Bukit Marak sebagai tempat Baginda bersemayam selepas kemangkatan suami Baginda, Raja Abdullah pada tahun 1671 Masihi.

Sesuatu yang menarik tentang Bukit Marak ialah kesan peninggalan sejarah Puteri Sa'adong yang terdapat dalam gua berkenaan seperti batu gendang, batu gajah, batu hampar besar, batu asah, batu katak, perigi Puteri Sa'adong, dua buah gua (wujud perigi dan tasik), kesan tapak kaki Puteri Sa'adong, bilik Puteri Sa'adong bersemayam, katil tempat Puteri Sa'adong baring, batu buah durian, kesan tapak kaki dan tapak tangan Awang Selamat serta kesan laluan ular atau naga Awang Selamat.

                                            Cik Siti Wan Kembang           Puteri Sa'adong

 

Laluan ke gua Bukit Marak.


Gua Bukit Marak: laluan Puteri Sa'adong dan Cik Siti Wan Kembang masuk.

Bekas tapak kaki Awang Selamat di dinding gua.

Bekas tapak tangan Awang Selamat di bumbung gua.

Batu asas Bukit Marak.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan