JEJAK SEJARAH: Media Menjejak Abad . Majalah Maya . Paparan Foto . Kesan Peninggalan Sejarah . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Sejarah Tidak Pernah Lupa, Menyembunyikan Diri dan Berbohong Terhadap Manusia . Tetapi Manusialah Yang Sentiasa Lupa, Berbohong dan Menyembunyikan Faktanya. Editor: Azmi Mohd. Salleh

Khamis, 9 Jun 2016

Makam Hang Tuah


MAKAM HANG TUAH

SEMASA kecil Hang Tuah dibawa bapanya, Hang Mahmud dan ibunya, Dang Merdu Wati berhijrah dari Bentan ke Melaka, lalu menetap di Kampung Duyong. Di dalam usia meningkat remaja bersama rakan-rakan sebaya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah memperlihatkan ketokohannya sebagai pahlawan di samping mempunyai sikap yang terpuji.

Peristiwa menentang lanun-lanun dan menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk menjadikan Hang Tuah dan rakan-rakannya terkenal.

Di awal pembukaan Melaka oleh Parameswara (1394 - 1424) terpaksa memberi bunga emas kepada Raja Siam. Di zaman Megat Iskandar Shah (1414 -1424), Sultan Muhammad Shah (1424 - 1444) dan Sultan Muzaffar Shah (1445 - 1456), Melaka mula berkembang aman dan makmur. Walau bagaimanapun, Melaka adalah di bawah perlindungan Negeri China bagi mengelakkan serangan orang-orang Siam.

Di zaman Sultan Mansor Shah (1456 - 1477), Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana Negeri Melaka. Dengan pemerintahah sultan yang adil, dibantu oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bijak berserta keberanian Laksamana Hang Tuah dan rakan-rakannya, Melaka tidak lagi di bawah perlindungan Negeri China dan dapat menumpaskan serangan orang-orang Siam. Melaka terus berkembang sebagai sebuah Empayar dan menjadi Pusat Perdagangan di antara Timur Jauh dan Timur Tengah.

Hang Tuah terus berkhimat di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah (1477 - 1488) dan di awal pemerintahan Sultan Mahmud (1488 - 1511), Hang Tuah meninggal dunia setelah berkhidmat di bawah tiga orang sultan. Beliau dikatakan disemadikan di tempat ini.

Tanjung Keling yang merupakan perkampungan Bendahara. Kata-kata hikmat Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" terus bergema hingga hari ini.

Kerja-kerja naik taraf Makam Hang Tuah dan kawasan perkuburan ini telah dilakukan pada Disember 2001.








 Sumber:
PERBADANAN MUZIUM MELAKA

Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan