JEJAK SEJARAH: Media Menjejak Abad . Majalah Maya . Paparan Foto . Kesan Peninggalan Sejarah . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Sejarah Tidak Pernah Lupa, Menyembunyikan Diri dan Berbohong Terhadap Manusia . Tetapi Manusialah Yang Sentiasa Lupa, Berbohong dan Menyembunyikan Faktanya. Editor: Azmi Mohd. Salleh

Sabtu, 20 September 2014

Makam Di Bukit Panau (Tanah Merah)


MAKAM DI BUKIT PANAU

TANAH MERAH, KELANTAN: Bukit Panau yang terletak di laluan Pasir Mas - Tanah Merah di Kampung Bukit Panau yang berjiran dengan Kampung Sungai Keladi memang gah sejak dulu. Bukit Panau bukan sahaja pernah dijadikan sebuah tempat untuk bertapa, bersuluk, beruzlah dan mengasingkan diri untuk memantapkan lagi tuntutan ilmu kebatinan dan kerohanian. Tetapi Bukit Panau pernah dijadikan sebagai "landmark" bagi pelaut antarabangsa yang mudah diakses dari Laut China Selatan.

Namun, hakikatnya pada tahun 1349 Masihi, Bukit Panau telahpun dijadikan sebagai perkampungan terawal  dan pertemuan Wali Songo (Wali Sembilan) untuk memulakan dakwah ke Tanah Jawa, malah terdapat sebuah gua yang terlindung di sebalik pandangan umum itu pernah dijadikan gelanggang persilatan.

Pahlawan besar yang pernah bertapa dan menuntut ilmu kebatinan, kerohanian dan ilmu persilatan sebagaimana yang tercatat dalam lipatan sejarah ialah dikenali“Hang Tuah”. Hang Tuah pernah menuntut ilmu persilatan yang meliputi bidang kebatinan dalam gua Bukit Panau sejak usia awal 1400 tahun dari salah seorang ahlul bait yang juga dari keluarga Rasulullah S.A.W  bernama Syed Thananuddin atau masyarakat di situ menggelarkannya sebagai Syeikh Saman atau catatan dalam sejarah dikenali sebagai Adi Putra.

Bahkan Sayed Thananuddin yang merupakan guru Hang Tuah itu adalah adik kepada Syed Hussein Jamadil Kubra yang merupakan Ketua Wali 7 (Tanah Melayu) dan juga Datuk Wali Songo (Indonesia/Jawa). Hakikatnya, Bukit Panau telah dijadikan perkampungan Wali Songo untuk memulakan dakwah ke Tanah Jawa. Dikatakan, asal usul nama negeri “Kelantan” berasal dari tempat itu apabila kumpulan Wali Songo yang diketuai Sunan Bonang datang ke Bukit Panau itu dan apabila kedua-duanya bersalam terbitlah “kilatan” dari arah gua di bukit itu sebanyak tiga kali.

Dari istilah kilatan mewujudkan nama Kelantan dikekalkan sehingga hari ini. Pancaran kilat itu boleh disaksikan di kawasan taman rekreasi tempat Puteri Sa’adong dan Cik Siti Wan Kembang bersemayam dikenali Taman Serendah Sekebun Bunga di Pangkal Kalong (Ketereh, Kota Bharu), Danau To' Uban (Pasir Mas) dan di Kampung Pengkalan Kiat (Machang). Bahkan Bukit Panau amat jelas apabila berada di Kampung Pengkalan Kiat ini kerana Bukit Panau itu dipisahkan oleh Sungai Kelantan sejauh kira-kira 600 meter. Sejarah berkenaan luput ditelan zaman disebabkan sikap iri hati pihak British yang memadamkan sejarah tempat itu supaya tidak diketahui oleh generasi yang akan datang.

JEJAK SEJARAH cuba menjejak sebuah makam yang terdapat di puncak Bukit Panau itu. Difahamkan, sebelum ini makam berkenaan tidak diberikan perhatian yang wajar sehingga tidak lagi dianggap sebuah pusara (makam). Kemudiannya, makam itu telah dibaikpulih di mana di sekelilingnya dibina papan yang dicat kuning.

Persoalannya, makam siapakah yang terdapat di puncak Bukit Panau itu? Ada yang mendakwa, makam itu milik Sayed Hussein Jamadil Kubra, malah terdapat versi lain menyatakan makam itu adalah milik Sayed Thananuddin kerana beliau seorang alim terawal bertapa dalam gua itu. Malah ada yang mendakwa makam itu adalah milik kedua-duanya.

Makam siapakah yang terletak di puncak Bukit Panau?


Bukit Panau dirakam dari jarak dekat.

Bukit Panau dirakam dari Kampung Pengkalan Kiat, Machang, Kelantan.

Bukit Panau dirakam dari Danau To' Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

39 ulasan:

  1. MAQAM SIAPAKAH YG TERLETAK
    DI PUNCAK BUKIT PANAU ITU..??

    ITULAH DIA MAQAM SYED/RADEN ALI,
    ADIK KPD ABANGNYA SYED/RADEN TAHIR..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari sumber mana, tuan dapat tahu makam itu milik Syed Raden Ali?

      Padam
    2. SALAM TUAN... CUCU NUMPANG LALU...

      DARI SUMBER MANA INFO INI DIPEROLEHI..?? CUCU PEROLEHI SUMBER INI DARI AJARAN AHLULBAIT TOK HABIB IM..

      SIAPA DIA SYED / RADEN ALI ITU..?? OLEH KARNA ORANG JAWA SEBUT "ALI" ITU "ADI", MAKA TERUS LEKAT NAMA SYED / RADEN ALI ITU DGN SEBUTAN PANGGILAN "ADIPUTRA".. BERMAKNA ADIPUTRA ITU, DIALAH JUGA SYED / RADEN ALI.

      BAGIMANA TOK HABIB IM ITU BISA TAHU MAQAM ITU MILIK ADIPUTRA..?? SABENERNYA TALIAN NASAB TOK HABIB IM ITU ADALAH DARI TITISAN DNA ADIPUTRA ITU SENDIRI..

      SEKIAN DULU... SEDIKIT DARI DIARI KEBANGKITAN IM..
      WALLAHU'ALEM & SALAM PERMISSI...

      Padam
    3. hihihi ... orang kelantan ni ..banyak sangat ahlilul bait ...tu yang macam-macam berangan nya.

      Padam
    4. Ambil pengajaran dari sejarah

      Padam
  2. SIAPAKAH DIA SYED / RADEN TAHIR..??
    SIAPAKAH PULA SYED / RADEN ALI ITU..??

    MEREKA ADALAH 2 BERADIK AHLULBAIT DARI
    WARISAN NASAB WALI 7 NUSANTARA HINGGA CHINA..

    MEREKA JUGAKLAH YG TERSIRAT DLM LAGENDA
    KERAMAT NUSANTARA - SANG SAKA MERAH PUTEH..

    BalasPadam
  3. @ ... MEREKA ADALAH 2 BERADIK AHLULBAIT DARI
    WARISAN NASAB WALI 7 ALAM NUSANTARA-CHINA..

    KEMASUKAN ISLAM KENUSANTARA HINGGA KECHINA
    PD GELOMBANG PERTAMA DIERA WALI 7....

    KESAH RIWAYAT WALI 7 ALAM NUSANTARA HINGGA CHINA ITU TERSANGAT PANJANG TERLALU LAMA & BERLIKU2 HINGGA TELAH HILANG DARI CATATAN SEJARAH.. SEJAK KITA SUDAH BERADA DIZAMAN KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DIERA KEMUNCULAN IMAM MAHDI, SEJARAH MEREKA 7 BERADIK AHLULBAIT WALI 7 ITU TELAH DIBANGKITKAN SEMULA SEJARAHNYA OLEH IM....

    MEREKA ADALAH 7 BERADIK AHLULBAIT DARI NASAB SAYYEDINA ALI ZAINAL ABIDEEN, BELAYAR BERHIJRAH KELUAR DARI TANAH ARAB MENUJU NUSANTARA HINGGA CHINA... PERISTIWA INI BERLAKU SEKIRA2 SELEPAS 88 TAHUN RASULULLAH SAW WAFAT.... SETELAH MEREKA BERTAPAK DISUNDA JAWA BARAT, AKHIRNYA MEREKA TERPAKSA BERPISAH KE DESTINASI MASING2...

    3 TERUS MENETAP DIINDONESIA... DIMAQAMKAN DISANA...
    2 BELAYAR LAGI KETANAH MELAYU.. DIMAQAMKAN DISINI..
    2 BELAYAR LAGI MENUJU CHINA... DIMAQAMKAN DISANA..

    PERSOALAN : DARI MANA ASAL SALASILAH ADIPUTRA..??
    WALLAHU'ALEM... SABARLAH MENANTI ITU PESANAN IM...

    BalasPadam
  4. Dalam sejarah Kelantan tua menjelaskan, Syed Thananuddin itu adalah guru Hang Tuah. Masyarakat di situ ketika itu memanggilnya Wak Saman. Sedangkan dalam sejarah Malaysia mencatatkan, Syed Thananuddin itulah yang digelarkan "Adiputra". Apakah kaitannya Adiputra dalam kes Syed Raden Ali. Sebab dalam sejarah Malaysia dan Kelantan pun tidak tercatat nama Syed Raden Ali itu. Boleh tuan jelaskan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. SALAM TUAN... MOHON DIAMPON CUCU SEKALI LAGI NUMPANG LALUK..

      KALO SEJARAH MALAYSIA, ATO SEJARAH KELANTAN, ATO TUAN SENDIRI YG BILANG ADIPUTRA ITU.. ITULAH SYED THANANUDDIN.. TERUSKAN PEGANGAN FAHAMAN ITU.. NGAK ADA APA YG BERSALAHAN..

      CUMAK DARI KACAMATA PERJALANAN KEWALIAN IMAM MAHDI, KOQ ADA SEDIKIT BERBEDAAN SEBUTAN.. NAMUN YG DIMAKSODKAN NAMANYA YG BERBEDA2 ITU ADALAH SOSOK ORANG YG SAMA.. ADA PUN SANG ADIPUTRA ITU, DIALAH "SYED ALI" ATO PUN DIA JUGA "RADEN ALI"..

      ADA PUN SYED ITU PANGKAT NASABNYA JIKA DIKAETKAN DARI SAKA-BAKA RASULULLAH SAW. ADA PUN RADEN ITU JUGAK GELARAN SETELAH AHLULBAIT BERCAMPUR NASAB DGN DIRAJA JAWO.. ITU YG DIBILANGKAN RADEN..

      BEGITU JUGAK MENGAPA AHLULBAIT PRIA & WANITA DI TERENGGANU ITU NGAK DISEBUT SYED / SYARIFAH..?? TETAPI DISEBUT TUAN..?? BEGITULAH NASEB AHLULBAIT YG DULUNYA TERPAKSA BUANG TITLE SYED KARNA TAKUT DIBURU DIBUNUH....

      ( SEDIKIT DARI DIARY KHIDIR / ALMAHDI PROPHECY... )

      ..... WALLAHU'ALEMMM ..... SELAMET BERSAHUR...

      Padam
    2. .Alhamdulillah .info. Menarik perkembangan MELAYU NUSANTARA SERUMPIN KASIH .

      Padam
  5. ***
    Salam tuan... Amponkan cucuk sekali lagik,
    cucuk menumpang laluk..

    MAQAM SIAPAKAH YG DISEMADIKAN DIPUNCAK
    BUKIT PANAU TANAH MERAH KELANTAN ITU..??

    Maqam misteri ini asalnya tidak bertanda.. Cuma dari perkhabaran Sejarah Melayu ato lagenda2 silam ato kepercayaan silam orang2 Kelantan bahawa diperkampongan Bukit Panau itu telah bermukim dan berkeluarga Sang AdiPutra. Yaitu dialah guru kpd Laksamana Tun Tuah, pahlawan Melayu Melaka yg terbilang itu..

    Masa beratus tahun dan zaman berzaman telah berlalu... Misteri Bukit Panau maseh terpendamkan sesuatu.. Sehingga Sang Pewaris Sah dari Rasulullah SAW yaitu Imam Mahdi telah datang kesitu... Semenjak Maqam tersebut telah diziarahi oleh Imam Mahdi beserta pengikut2 setianya... Maqam di Puncak Bukit Panau itu, telah mula berubah wajah dan rupa, kini telah mengukirkan nama...

    Benerkah Imam Mahdi telah ada.. dan benerkah dia telah hadir datang kesitu..?? Bagimana IM bisa tahu disitu bersemadinya Maqam leluhurnya yaitu Sang AdiPutra..?? Siapakah yg telah mengarahkan supaya diterang & dibersehkan tapak Maqam itu..?? Siapakah yg telah membina dinding2 papan & diberitanda dgn warna kuning itu..??

    Sebagei tanda kenang2an peringatan.. Satu papantanda telah dipacakkan disisi Maqam tersebut yg bertulisan - " Sumbangan Dari Syed Jamalullail Negeri Perak..." Tetapi papantanda kenangan tersebut telah dicabut dan dibuang.... Perlu kita yakini bahawa.. "IM Is The Guided Being & His Young Magicians Are Still At Works"...

    Namun dari kacamata kewalian Imam Mahdi, nama AdiPutra itulah juga namanya Syed Ali ato Raden Ali. Walo pun nama2nya berbeda2 namun sosok orang yg dinamakan tetap satu yg sama - Dialah Syed Ahlulbait dari pecahan Nasab Wali 7 Alam Nusantara hingga China itu - Yaitu dia dari Saka-Baka Rasullullah SAW.. Hingga Allah telah bangkitkan Sang Juru Penyelamat Yg DiNanti2kan itu.. Asalnya berpindah dari Bumi "MIM Pertama" asal Mekah Madinah.. Kini telah berputek bercambah di Bumi "MIM Kedua"..

    Bagimana sebenernya sejarah perjalanan Sang AdiPutra itu..?? Banyak Lagi Panjang Lagi Kesah2nya - Bermula Sejarahnya Dari Riwayat2 Kehadiran Ahlulbait2 Wali 7 diAlam Nusantara Hingga KeChina itu.

    ( Cumak DiSinik - Sedikit Dari Diari Khidir / AlMahdi Prophecy... )

    ..... ALLAHU'ALEMMM .....

    BalasPadam
  6. ... MAKAM WALI ALLAH SYED ADIPUTRA
    DIBUKIT PANAU TANAH MERAH KELANTAN ...

    SANGAT BERKAIT RAPAT DGN 2 LAGI MAKAM AHLULBAIT
    WALI ALLAH TERAGUNG DITANAH MELAYU :

    (1) MAQAM WALI ALLAH - SYED ABDUL MAJID DIREMBAU N9.
    (2) MAQAM WALI ALLAH - SYED JALALUDDIN DIBOTA PERAK.

    ( DARI DIARY SEJARAH SYED JAMALULLAIL PERAK D.R. )

    SEKIAN, WASSALAM.....

    BalasPadam
  7. asalamualaikum tuan..
    mengikut cerita arwah ibu saya Tuan Mariam bt Syed Mahamad (meninggal januari 2016) ayahnda beliau.. Syed Mahamad bin (sy x pasti nama ayahnya..samada syed puteh /syed kuning) di makamkan di atas Bukit Panau.wallahualam. Arwah datuk sy ni menetap du Kg.Bagan asalnya. bila berkahwin dgn arwah nenek saya Zaleha bt Derashid..beliau berhijrah keluar ( menetap d mana sy x ingat)

    masa diceritakan oleh ibu sy ni..sy myda lg & x ambik kisah pasal asal keturunan ni..(ibu saya 2 beradik..cuma dia seorg saja dgan berbapa SYed Mahamad satu ibu)..bila dh xde kedua org tua ni..barulah tergerak hati saya nk menjejak susur galur sebelah ibu saya..harapan sya kalau ada warih waroh yang ada yg mengenali nama2 yg saya sebut td..agar dpt menyambung semula silaturahim..wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ke kg Bagan masih ramai keturunan Syed di sana dan memang ada pekampungan Syed

      Padam
    2. ساي جوݢ دمعلومکن سميمڠڽ دکامڤوڠ باݢن ايت ترداڤت کتورونن سيد يڠ منتڤ دسيتو. دولو اد يڠ سيدڽ ڤوڽا کرامت دان ترسوهور.

      Padam
  8. Sayyid Sheikh Mohamad Saman Syah Al-Fathani@Syeikh Thanaudin Al-Fathani@Dato' Adi Putra@Panglima Hitam adalah adik beradik senasab dgn Sayyid Jamaludin al-Hussein@Sayyid Hussein Jamadil Kubro (1310-1453=menghadap Ilahi di daerah Wajok, Sulawesi Selatan). 14 beradik kesemuanya.

    Sekitar pertengahan abad ke-14M, Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah meninggalkan India dgn membawa bersama 3 org saudaranya (riwayat lain mengatakan bersama 6 org menjadikan 7 semuanya-di Kelantan dan Patani terkenal dgn gelaran Wali 7) iaitu Syarif Qamaruddin, Sayyid Majduddin dan Sayyid Thanauddin@Adi Putra utk mengembangkan dakwah Islamiyyah ke sebelah timur (menuju ke Kesultanan Samudera-Pasai di Sumatera Utara).

    Salasilah nasab: Sayyid Jamaluddin Al-Hussein atau Sayyid Hussein Jamadil Kubro ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqih ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali' Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirulullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

    BalasPadam
  9. Terima kasih kepada penyumbang tokoh dalam sejarah. Cuma, rencana ini mengisahkan tentang makam siapakah di puncak Bukit Panau. Sebab, pencerita generasi baharu mendakwa makam itu dikatakan mempunyai 3 versi. Kami tidak dapat mendapatkan cerita yg sempurna berikutan generasi terdahulu telah kembali menghadap Illahi. Jadi, generasi baharu ini tidak mempunyai tentangnya. Jika pembaca mempunyai maklumat dan dokumen sahih, sila kongsikan di ruangan ini. Mungkin suatu masa nanti, kita dapat tulis sejarah lengkap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara boleh dpt kn maklumat dari warga tua di kampung berhampiran..Kg Berchang dn Kg Kubang Gendang contoh nya.

      Padam
  10. MEGAMAZSTUDIO! Kg. Bagan tu letak di negeri mana?

    BalasPadam
  11. dlm seminggu lepas saya naik ke puncak bukit panau..yg di katakan ada makam kt atas tu dah tiada..cuma kesan sodok tana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kubur tu adalah kubur seorang perempuan yg mati ketika banjir hampir 100 tahun dahulu. Diceritakan oleh seorang warga tempatan yg berusia lebih seratus tahun umurnya. Kubur tu telah di ratakan. Kerana kubur tu kalau diikutkan sepatutnya berada di puncak bukit itu.

      Padam
    2. Tuan,orang Bkt panaukah..tkasih.
      Sgt menarik,yg diceritakan fakta sejarah..mmg Ada sejarah Bkt panau dgn pendakwah.itu yg PENTING.Ahlulbait..hgga kini nasab Nabi saw Masih Ada,Ada tidak putus dlm Hadis ..ceramah UST Mahadir Jol YG terkenal Di TV.
      Ini lah benarnya Nabi saw urusan Tuhan..dakwah ttp berlaku.

      Padam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Byk makam atas tu termsuk gua sbb sy duk dkat2 tu..Puteri sy situ singgahsana

    BalasPadam
  14. Amat menarik kupasan dan respons mengenai empunya makam serta kaitannya dengan titik asal berkembangannya salasilah Wali Songo...tatkala membacanya menitis air mata kerana menyentuh emosi saya, mengalir darah Jawa dr Tanah Jawa (wali Songo)sepertimana yg diceritakan oleh almarhum nenda, Kamisan b Simin. Apatah lagi kini saya menetap di Kelantan...benar kata Ustaz Abdul Somad ...jika datuk nenek kita pernah sampai di suatu destinasi itu...in Shaa Allah kita cucunya kelak akan ditakdirkan menjejaki destinasi waris waras sebelum ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo patut anak isteri saya Allah izin Naik tgok..alhamdulillah

      Padam
  15. Assalamualaikum. Saya harap pihak tuan dapat siasat.tentang che awang tukang telaga. Orang asal bukit panau .dia pernah cerita pada saya kesah tentang sejahrah bukit panau.tapi almarhum che telah meninggal pada tahun1978. Orang tua tua sekitar chetok dulu ramai yg kenal beliu.setahu saya chek awang pernah berjalan kaki dari kelantan sampai ke chenor pahang

    BalasPadam
  16. Puas cari kubur tu xjumpa2.ape2 pun bukit panau lokasi menarik untuk rekreasi skeluarga.

    BalasPadam
  17. Sesiapa blh bg tau di mana kedudukkan kubur tersebut,sy cari sampai di puncak tk jumpa kubur

    BalasPadam
  18. Yang penting masa keturunan Nabi saw Ada ramai Di t.melayu Dan Jawa.Allah takdirkan pasti Ada dlm kehendaknya Akan berlaku Satu masa.Ust muhadir jol pendakwah menyebut masa Nabi saw tidak putus.mari bersatu umat Islam negara ini,jawa Dan mana mana.jangan bergaduh.duduk dibawag paying ulamak pewaris Nabi

    BalasPadam
  19. Pembetulan :- masa = nasab keturunan
    dibawag = dibawah
    Paying = payung

    BalasPadam
  20. Semoga kita semua boleh pakat2 share2...info dari Tanah Jawa dan Kelantan Malaysia.Teruskan usaha untuk sampaikan berita yang kita semua patut ambil tahu dan perbetulkan sejarah.

    Salam&Selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

    BalasPadam
  21. Semoga kita semua boleh pakat2 share2...info dari Tanah Jawa dan Kelantan Malaysia.Teruskan usaha untuk sampaikan berita yang kita semua patut ambil tahu dan perbetulkan sejarah.

    Salam&Selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

    BalasPadam
  22. boleh tak bagitau saya sape syed alwi sbb yg saya tahu syed alwi yg jumpa bukit panau dulu

    BalasPadam
  23. Macam mana boleh wujudnya nama Bukit Panau itu. Adakah ia dari kata nama fana?

    BalasPadam
  24. Sekitar pertengahan abad ke-14M, Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah meninggalkan India dgn membawa bersama 3 org saudaranya (riwayat lain mengatakan bersama 6 org menjadikan 7 semuanya-di Kelantan dan Patani terkenal dgn gelaran Wali 7) iaitu Syarif Qamaruddin, Sayyid Majduddin dan Sayyid Thanauddin@Adi Putra utk mengembangkan dakwah Islamiyyah ke sebelah timur (menuju ke Kesultanan Samudera-Pasai di Sumatera Utara).

    Salasilah nasab: Sayyid Jamaluddin Al-Hussein atau Sayyid Hussein Jamadil Kubro ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqih ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali' Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirulullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

    BalasPadam