RANTAU PANJANG, KELANTAN: MASJID ini dikenali Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra tetapi sinonim
dengan panggilan Masjid Beijing yang diilhamkan oleh Menteri Besar
Kelantan, Y.A.B Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masjid
Beijing ini menggabungkan seni bina Cina dan Islam menyerupai Masjid
Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing, China.
Masjid ini mula dibina pada 12 September, 2005 dan telah dirasmikan pada bulan Ogos 2009 terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas - Rantau Panjang kira-kira 2 kilometer dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar. Kos keseluruhan pembinaan Masjid Beijing ini berjumlah RM8.8 juta yang mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Setiap tahun masjid ini menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar Kelantan serta pelancong antarabangsa untuk melihat dengan lebih dekat seni binanya. Produk Masjid Beijing ini termasuk dalam kalendar Tahun Melawat Kelantan 2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan